3:36 AM
Friday, July 22, 2011 back to top?
kini kau datang
•
Kau datang...Setelah lama kau menghilangkan diri.Apa sebabnya kau datang,Apabila ku telah bertekad bahawa kau bukan untukku.------
Z came back. You tau kan siapa dia?
Sungguh aneh, yet sad.
Dia kata dia regret everything and that dia miss saya.
Tapi... dia mahu explain diri dia melalu pertemuan dan tidak telefon.
Entah lah.. dia pun merepek.. kalau miss saya, kenapa taknak call saya? berbual? Beh ada hati pulak suruh saya call dia! Gi jalan daah.
Dia ada tanya kalau saya ada Boyfriend, lalu saya tipu dia jawab, saya Ada.
Saya tipu .. sebab i think its the right choice. I tak mau dia ada hati pada saya. Mungkin sebab.. saya mahu let him free.
Sebenarnya, kedatangannya sungguh mengejutkan, makes me wonder why?
Apakah sebab dia dah break up dengan girlfren dia.. tu sebab dia datang kepada saya? Hishh kalau macam gitu.. Jangan harap lah, saya akan kembali kepada dia.
Sebenarnya.. Saya tidak benci dia. Dan saya juga tidak sayang dia.. Sayang dahulu, tapi sekarang tidak.
Sebab dia telah pergi menghilangkan diri di waktu saya menyayanginya... Mungkin hati ini sedih, terlalu berkecil hati.. Benar.
Saya juga telah maafkan dia... Tentang apa yang telah terjadi.
Sudah 4-5mth kita bersepi, hingga sekarang baru dia menjelma.
Tetapi.. Dia datang, membawa hati yang telah berkecil hati ini bergetar.Sampai hati dia kata dia rindu saya? Tidakkah dia yang telah meninggalkan saya? Hati ini? Kenapa kembali lagi?
Maaflah, kerana aku telah lama bertekad. Setelah kehilanganmu itu.. Aku tahu.. bahawa kau bukan untukku.Aku mencari seorang yang lain daripada kau.Seorang yang memahami, menyayangi..Seorang yang tidak akan membuat ku kesepian, keseorangan, keraguan.Seorang yang ada disisiku di kala ku sedih, gembira, bingung dan banyak lagi. Seorang yang ada, yang ku percaya akan kehadirannya saat ku mengingininya. Seorang yang ku suka berbicara dengan, bagaikan kawan rapat. Di mana aku senang meluahkan hati & perasaanku. Serta bersenyum gembira dengan adanya dia.Maka, janganlah kamu bersedih atau menyesali tentang semua yang telah berlaku.Semua yang telah berlaku pasti ada hikmahnya.
Kan telah ku berkata, jika ia takdir, maka sesungguh akan kita bertemu lagi.Aku tidak membencimu, aku pun telah memaafkanmu.Namun apakah aku dapat melupakan? Melupakan apa?
Melupakan bahawa kau meninggalkan ku? Melupakan semua kenangan terindah bersama di waktu dulu? Ku ingin mengucapkan, terima kasih atas kenangan terindah antara kita.
Namun... Aku harus pergi. Pergi.. terbang jauh..Maafkan aku.