water lily dandelion honeysuckle
|
|
Dia pernah seseorang yang sangat ku cinta.
Namun kini aku tahu bahawa semuanya telah berubah, dan
mungkin tidak akan kembali seperti dahulu.
Namun aku syukur atas kehadirannya.
Perasaan yang ada ini mungkin berbeda dari dahulu, tetapi
mungkin juga terdapat secebis perasaan yang masih tidak dapat ku hilangkan.
Mungkin perasaan yang ada ini adalah perasaan kasih dan sayang antara satu sama lain sebagai seorang insan.
Mungkin ia begitu.
Namun walau apapun, aku tidak pernah menyesal tentang masa lalu dan sekarang.
Kerana engkau seseorang yang sangat aku kasih. Sangat aku sayang.
Apakah ia sama seperti dahulu?
Mungkin benar, mungkin tidaK.
Hanya Allah yang tahu.
Kerana sesungguhnya, jikalau takdir mengizinkan, kita pasti akan bertemu dengan ikatan selebih daripada hanya kawan.
Malah, mungkin... aku adalah tulang rusuk milikmu yang hilang untuk kau cari dan memiliki.