Lavender ♥





don't be fooled - icons are solely for deco :D
navigate at the blocks above ^
Best viewed in CHROME.
11:55 PM Saturday, November 19, 2011 back to top?

sambung pengajian Islam?
Ya Allah, orang yang aku cintai akan menyambung pengajian Islamnya ke DPI (Diploma pengajian Islam).
Sedangkan.. aku berasa sungguh terhengah-hengah akan mengejar pengajaran dan ilmu (SPI-Sijil pengajian Islam).
Terdapat beberapa subjek (1 atau 2) yang harus aku medudukinya kerana aku tunda peperiksaan pelajaran itu untuk menamatkan pelajaranku dalam SPI (Sijil Pengajian Islam).

Aku takut aku tidak dapat bersama dengannya lagi.
Aku takut aku tidak dapat menjumpai seorang sepertinya lagi.
Aku takut aku akan kehilangannya.

Ya Allah, maafkan aku jikalau aku mengejarnya.
Kerana.. Di sungguh baik. Kan telah aku kata bahawa, "Aku jatuh cinta pada kebaikannya. Aku mencintainya kerana dia membuat kan ku lebih baik"?
Ya Allah, kalau dia baik untuk ku, izinkan aku berlari mengejarnya kerana akhirnya InsyaAllah dia kan membawaku menuju kepadaMu, Ya Rab yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Ya Allah, maafkan aku jikalah permintaan ini Ikhlas atau tidak, kerana aku sendiri tidak tahu.
Bimbingi lah aku ke jalan menujuMu.
Ya Allah, ampunlah aku dari dosa-dosa ku, riya', sombong, hati yang tidak ikhlas dan segala penyakit hati.
Aku tahu bahawa rasa Cinta ini, semuanya Zat yang datang daripadamu yang kau berikan kepadaku. Malah aku memang berasa sungguh syukur akan pemberianMu.


| 0 comments |